bmb-1-554x368.png

Landforms in Malaysia

This is the first Minecraft:EE lesson activity in Malay language with intention to encourage Malaysian teachers to use M:EE as a tool for learning.

6
avatar Submitted By: Mohammad Aliff Othman

December 13, 2018

Download Assets

Skills

    Supporting Files

    Rubrik panduan aktiviti 1


    Rubrik panduan aktiviti 2


    Manual untuk pelajar


    1) Create new world 2) Cara mencari item : Camera, Portfolio, Book and Quill, NPC, Board, dan Slate

    Learning Objectives

    • Mengenalpasti 4 bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia
    • Menjelaskan sekurang-kurangnya 1 ciri yang terdapat pada setiap bentuk muka bumi di Malaysia
    • Mencadangkan 1 kegiatan ekonomi yang berpotensi dijalankan di salah satu kawasan bentuk muka bumi.

    Guiding Ideas

    Sebelum PdPc :

    • Pelajar telah pun mendapat konsep atau pemahaman asas mengenai bentuk muka bumi sama ada menerusi pembelajaran langsung guru-pelajar di dalam kelas ataupun dengan menggunakan strategi Flipped Classroom.

    Persoalan :

    1. Berapakah jumlah bentuk muka bumi di Malaysia?
    2. Apakah jenis bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia?
    3. Apakah perbezaan antara Tanah Tinggi dan Tanah Pamah?
    4. Apakah perbezaan antara Lembangan Saliran dan Pinggir Laut?
    5. Berapa peringkat sungai dalam profil sungai?
    6. Apakah kegiatan ekonomi yang sesuai di jalankan di kawasan Pulau?
    7. Adakah pertanian sesuai di jalankan di kawasan tanah tinggi?
    8. Mengapakah bandar-bandar utama terletak di kawasan tanah pamah dan kawasan pinggir pantai?
    9. Apakah sebab yang mengakibatkan petempatan tidak sesuai di bangunkan di kawasan tanah tinggi?

    Student Activities

    • Aktiviti pertama : Survey & Record
    • Masa : 1 Jam / 1 Pertemuan
    • Mod aktiviti : Individu

    Objektif : -

    • Mengenalpasti 4 bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia.
    • Menjelaskan sekurang-kurangnya 1 ciri yang terdapat pada setiap bentuk muka bumi di Malaysia.

    Langkah aktiviti :

    1. Guru memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan serta menerangkan rubrik panduan aktiviti kepada pelajar (10 Minit)
    2. Dengan menggunakan 'Create New' world di dalam M:EE, pelajar secara individu akan melakukan aktiviti tinjauan dan eksplorasi bentuk muka bumi yang terdapat dalam World tersebut. Semasa melakukan tinjauan, pelajar perlulah menggunakan item : Camera. Item ini digunakan untuk mengambil gambar bentuk muka bumi bagi tujuan mengenalpasti bentuk muka bumi. (20 Minit)
    3. Setelah mengenalpasti bentuk muka bumi tersebut, pelajar perlulah membuat penjelasan ciri-ciri bagi setiap gambar tersebut dengan menggunakan sama ada item : Portfolio atau Book and Quill. (20 Minit)
    4. Setelah selesai menjelaskan ciri bentuk muka bumi menerusi gambar yang diambil oleh pelajar, pelajar perlu menghantar Portfolio atau Book and Quill tersebut kepada guru dengan cara Export file. (Email, Drive atau Pendrive - Rujuk lampiran)
    5. Refleksi dan kesimpulan (10 minit)
    6. Guru akan menilai hasil kerja pelajar dan memberi respon untuk tujuan penambahbaikan

    Aktiviti kedua : Young-Developer

    Masa : 2 Jam / 2 Pertemuan

    Mod aktiviti : Berkumpulan

    Objektif : -

    • Mencadangkan 1 kegiatan ekonomi yang berpotensi dijalankan di salah satu kawasan bentuk muka bumi.

    Sebelum PdPc:

    Pelajar di dalam kumpulan membuat perbincangan mengenai 1 jenis aktiviti ekonomi yang sesuai dibangunkan di kawasan bentuk muka bumi yang telah ditugaskan kepada mereka. Perbincangan ini dilakukan sebelum waktu PdPc. Di dalam kelas pula, pelajar hanya melakukan aktiviti pengayaan pengetahuan.

    Langkah aktiviti :

    1. Guru memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan serta menerangkan rubrik panduan aktiviti kepada pelajar (10 Minit)
    2. Pelajar akan menggunakan World sedia ada di dalam M:EE iaitu menerusi "Create New"
    3. Pelajar memulakan aktiviti membina dan mencipta kawasan pembangunan aktiviti ekonomi (25 Minit)
    4. Setiap binaan dan ciptaan kegiatan ekonomi mestilah dijelaskan secara bertulis sama ada menggunakan Board, Non-Player Character (NPC), atau Slate. (Rujuk Rubrik Panduan Aktiviti)
    5. Setelah selesai, pelajar di dalam kumpulan akan membentangkan hasil kerja mereka. (20 Minit)
    6. Refleksi dan kesimpulan (5 Minit)

    Performance Expectations

    • Menerusi gambar yang diambil, Pelajar dapat mengenalpasti dan menjelaskan 4 bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia. (Item :  Camera, Portfolio atau Book and Quill)
    • Pelajar juga dapat mencipta aktiviti ekonomi yang sesuai dijalankan di kawasan bentuk muka bumi secara kreatif dan rasional.
    • Pelajar dapat mengaitkan ciptaan mereka dengan ciri-ciri bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia. (NPC, Board atau Slate)
    • Pelajar juga berjaya menunjukkan pemahaman mereka menerusi aktiviti pembentangan dan sesi soal jawab.

    Skills

      External References

      Supporting Files

      Rubrik panduan aktiviti 1


      Rubrik panduan aktiviti 2


      Manual untuk pelajar


      1) Create new world 2) Cara mencari item : Camera, Portfolio, Book and Quill, NPC, Board, dan Slate